BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Julai 2009

....::::::CUTI LAGI::::::....

hari nie dah hari elasa.....ingatkan nk balik ari nie......tapi tiba2 ja hati aku berkata dia x bersedia untuk balik lagi.....tambahan lak keta x dak....k.jah wak p keja.....k.jah kata dia nak anta satgi....satgi 2 bila???petang sket.....petang kol bapa.....k.jah ddh la abeh keja kol 5.30......aku nak balik kol bapa lak.....tamaw balik malam.....nti kena marah ngan pak guard mcm ri 2....dah la kena balik pakai baju sekolah....tamaw la.....nti x pasal2 aku kena p prep pakai baju sekolah......nak tukar baju,tamaw la.....sorang2....takot la......klaw ad org teman x pa gak....lastly,aku mek keputusan nak balik pagi sok.....tapi malam tadi k.jah tanya nak balik pg sok ka hujung mggu nie......waaaaa.....ati aku melompat girang....tapi kan aku dh tinggal lama sangat kejas......risau lak aku....trial dah la nk menjelang tiba......aku nie lak dah la x bapa terrer.....klaw aku mcm aisyah zhaki ka,faiz mahayuddin ka......ok gak......sure2 dapat straight a......


aku boring sangat dok kat umah......bleh x aku nk cita sesuatu....aku ad baca dalam satu blog nie....islamic sgt...bila aku baca insaf gak...tapi hanya sementara cuma.....kla....salah satu blong dia yang menarik minat aku adalah tinta buat bakal suamiku.....aku x sure la dia tules sendiri ka dia copy je....tapi bila aku baca rasa mcm dia tules sendiri....

TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU.......

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.


Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Isnin, 6 Julai 2009

PENGORBANAN SEORANG IBU

hari nie aku ada terbaca satu artikel dalam i luv islam....mengenai seorang ibu yang sanggup berkorban untuk anaknya.....situasanya agak sama ngan aku......cuma mak aku x la berkorban dari segi pendermaan.....mak aku berkorban dari segi melayan aku.....nie dia artikel 2.....Renungkanlah...



"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu. Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan."Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah."Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya."Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

Sabtu, 4 Julai 2009

PERASAAN SAYA

hari nie aku akan balik sekolah....sekolah yang seminggu aku tinggal....kawan-kawan yang aku rindu.....tapi kenapa ntah,aku sedey sangat.....sepatutnya orang suka bila balik sekolah(tipu la sapa cakap macam 2)........maybe suka sebab dapat bersama ngan kawan-kawan......tapi aku pelik la.....kat umah pun rasa sedey....kat sekolah pun sedey......aku pun konfius ngan perasaan aku nie....apa yang aku rasa sebenarnya......sedey?....gembira???.....bole x aku jadi orang yang x berperasaan????jadi orang yang x berhati perut.....x fikir sal orang lain....wat hal aku ja......biar
orang terluka ati ngan aku......padan muka....hahahahahahahah......

tapi bukan ini yang aku mahu.....sejak azali lagi aku mahu kehidupan yang aman damai....yang sentiasa gembira.....tapi aku x pena merasai itu.....klaw ad pun hanya sementara.....aku x mahu itu....aku nk yang berpanjangan....ayng tiada titik noktah......tapi tipu la jika dalam kehidupan ini tidak ada cabaran dan dugaan.....tapi kenapa aku sentiasa diberi dugaan.....lepas 1,1 lagi dugaan yang datang....apa yang harus aku buat....tabahkan hati????errrmmmm.....memang betul orang yang tabah akan disayangi Allah....tapi aku dah x larat untuk jadi tabah.....

ola....aku nak stop la....aku x maw melalut....ok...daaaaa.......

Rabu, 1 Julai 2009

SAYA HIDOP DI RUMAH DENGAN PERASAAN BORING

hari nie mcm besa.....aku boring sgt.....rutin hrian aku sejak balek wad adalah bgn pagi,mandi,baca buku sat n then krooohhh......smpai la petang.....aku boring.....x taw nak wat apa......nak guna laptop,lodi ngah guna.....aku nak balek skulah!!!!aku rindu kat kawan2 aku....kt ainun,kat solehah yg memang sangat2 ceria......kat dak2 kelas aku......kat suasana belajaq......nak balek.....tapi nijam kata balek ari ahad nie.....aku pun x taw awat dya swoh aku balek ari ahad nie.....klaw x silap aku,dya kata dya nak bwk aku p jln2....nk p lata bayu kata dya.....waaaaaa.......bez nya.....leh jln2.....x sabaq rasa nya......hehhehehehe.....jaatnya aku...aku septotnya balek skulah belajaq.....

ri 2 b4 aku msok wad,aku dapat hadiah yg sangat besar....(bg aku la....)yg paling besar yg pena aku dapat.....errrrmmmmm,nak kata teddy bear,bukan.....maybe patung kot......patung bolah la dikatakan comey....pakai topi.....yang lawaknya,kepala dya besar dari badan.....heheheeh....mcm tuan dya la......kesian kn kat tuan....orang dok kata tuan dya kepala besar....jaat kaan mereka itu....tiada hati perut punya manusia....dushhhh!!dushhhh!!amek ko!!!!!hahaha......

malam nie aku suruh farid@abg kesayangan aku ajaq bio.....subjek feveret dya.....eerrrrrmmmmm,no bad....faham gak la.....boleh jadi cekgu nie....mana taw masa depan dya ke arah 2......by the way,alang2 aku cerita sal dya,aku nak sembangsal dya.....abang aku nie baek sangat.....dya x pena marah aku....aku suruh wat apa pun mesti dya wat.....tp 2 sekarang la.....dulu,klaw aku suruh amek barang sket pun muka dah chom.....hehehe....mintak sori ye bang......saja nak wat luahan hati.....sekarang nie aku x taw apa yang membuatkan dya berubah.....dya x pena marah,x pena wat muka bila orang suruh......tp ada satu perkara ja yang x pena berubah n aku harap x kan berubah.....iaitu hubungan akrab kami....kami dah macam kawan baek....kami selalu cita apa2 ja yang kami lalui.....dya selalu cita sal sekolah dya....aku pun....dya selalu bagi nasihat kat aku.....almaklum la dya nie islamic sket......bertentangan ngan aku....aku rock......rock ker.....x la rock sangat....tp boleh.......


kla.....aku blah dulu.......x dak idea la nak mengeluarkan karya agung........k.....daaaa......